Sunday, March 8, 2009

MENZIARAHI



Pada 1hb. Mac, 2009, kami ahli DMPKHS seramai 5 orang (Ustazah, Bah, Fiza, Ain,dan ummu maryam) telah menziarahi sahabat-sahabat di zon Bukit Beruntung. Sebenarnya tarikh tersebut adalah perancangan mengadakan sessi lawatan ke Zon Bukit Beruntung dengan tujuan dan matlamat disamping mengeratkan ukhuwah fillah juga untuk melihat permasaalahan-permasaalahan yang mungkin dihadapi oleh ahli muslimat di zon tersebut. Oleh kerana pertindihan program di mana kebanyakan cawangan-cawangan di Bukit Beruntung an Bukit Sentosa sedang mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing maka program tersebut di tangguhkan.Walaubagaimanapun kami sempat menziarahi Pn. Zurina Bashir yang telah selamat melahirkan seorang mujahid yang bernama …. Tak ingat pulak. InsyaAllah anak-anak yang dilahirkan oleh serikandi mukminah seperti Zurina adalah bakal menjadi mujahi d penerus perjangan Islam. Sewaktu ana menuls ini dapat pula satu lag sms berita kelahiran seorang mujahidah pkl 10.36 mlm 7/3. Alhamdulillah Adilah pula selamat melahirkan seorang bayi perempuan (mesti comel mcm ibunya……). Mabruk! Mudah-mudahan dengan bertambahnya tnggunjawab ini akan lebih memberi semangat untuk terus memberi commitment kpd PAS khususya dan perjuangan Islam . Biasanya seorang ibu yang bertambah ramai anak akan lebih matang dan kuat. Boleh jadi iron lady insyAllah berkat pertolongan Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mempastikan bahawa kita yang berada di bawah naugan muslimat akan sentiasa berada di dalam golongan orang-orang yang layak untuk sentiasa mendapat pertolongan dari Allah SWT. Sifat IHSAN perlu kita tanamkan dalam diri-diri kita supaya kerja-kerja kita dalam keluarga dan jamaah adalah semata-mata untuk dinilai oleh Allah SWT. Bukan nama dan glamour yang kita cari……. Kalau niat kita betul insyAllah tak keluar lah arahan saya ketua , saya naib ketua dan lain-lain sehingga menggugat adap dan akhlaq dalam perjuangan Islam. Wallahua’lam.Seterusnya rombongan kami sempat menziarahi isteri arwah Zul yan duduk di apartment Teratai. Orangnya kecil molek dan mempunyai 3 orang anak. Kagum dengan ketabahan beliau berhadapan dengan mehnah dan ujian dari Allah SW T. Sahabat-sahabat muslimat yang behampiran jgn lupa selalulah ziarahi beliau . Bantulah dari sudut sokongan moral dan kewangan sekiranya berkemampuan. InsyaAllah kata isteri arwah,, beliau akan bekerja semula untuk menyara kehidupannya dan anak-anak Walaubagaimanapun beliau akan cuba selesaikan perkara-perkara yang masih belum dibereskan sebelum memulakan kehidupan untuk bekerja semula. Kami mendoakan kesejahteraan dan kemudahan untuk kehidupan mereka insyaAllah.Akhirnya kami menuju kerumah Akhie Sazali di Bukit Sentosa untuk melihat isteri beliau yang sekarang bertarung nyawa untukmeneruskan kehidupanya kerana berhadapan dengan penyakit cancer payu dara yang dihidapi oleh beliau. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…… Syabas dan tahniah kepada mereka berdua kerana ketabahan menghadapi rintangan ini dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi akhie Sazali yang memegang jawatan ketua unit amal HS. Dalam keadaan situasi yang amat meruncing itu , beliau masih berusaha memberi sumbangan kepada perjuangan Islam dengan menggerakkan unit amal HS. Pengalaman yang diceritakan oleh akhie Sazali bagi kami adalah suatu pengalaman yang jarang bagi kaum adam yang sanggup merasai kesusahan yang dihadapi oleh isteri yang dicintai. Susah juga nak cerita ni tapi ana cadangkan muslimin dan muslimat pergi ziarah beliau dan dengarlah sendiri luahan dan pengalaman beliau sebagai suami yang diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan isteri . Walaubagaimanapun setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya . Kami DMPKHS mengucapkan syabas dan tahniah kepada Akhie Sazali yang mempunyai seorang isteri yang kuat semangat dan yakin dengan ketentuan Allah SWT. Kami akan sentiasa mendoakan untuk anda sekeluarga insyaAllah.

DMPHS....................Dah lama tak update blog ini. Nampaknya muslimat perlu lebih agresif untuk meluangkan masa menulis dalam blog ini. Almaklum sahaja tugas muslimat dengan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, bekerja, menguruskan rumah dan lain-lain lagi. Walaupun penat keletihan yang bekerja itu adalah merupakan suatu amalan sedekah. Bukankah muslimat mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kaum lelaki. Mudah-mudahan sedekah seharian yang kita lakukan untuk meningkatkan kewangan keluarga dan tugas-tugas yang kita pikul ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan jariah kita. Macamana pun tangungjawab kepada perjuangan tidak kita lupakan kerana iadalah adalah tanggungjawab yang difardhukan kepada kita juga. Kita perlu laksanakan tugas ini untuk melayakkan diri kita menjadi khaira ummah . Mudah-mudahan Allah SWT meletakkan diri kita sebagai orang yang layak untuk mendapat pertolongan dari Allah SWT.