Wednesday, June 4, 2008

SMART MUSLIM KIDS

Program anjuran JMC Rasa dengan kerjasama PAS cawangan Rasa adalah program khusus untuk anak-anak Rasa dan disekitarnya. Ianya adalah program sehari yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Terdapat pelbagai aktiviti seperti riyadah, ceramah motivasi, mini eksplorace dan tayangan multimedia kesedaran. Tarikh program ini adalah esok, hari khamis 5hb. Jun 2008. Mudah-mudahan program sehari ini memberi pengertian dan kesedaran kepada anak-anak kita . Ia akan menjadi suatu kenangan untuk diabadikan dan menjadi pencetus untuk menggerakan minda mereka. Pengharapan hanya pada Allah SWT yang membuka pintu-pintu hati mereka. Kita ibu bapa hanya berusaha semaksima yang mungkin bagi menyediakan persekitaran yang positif terutama dalam pendidikan generasi penyambung risalah. Rintangan akan tetap ada. Cabaran onak ranjau dan duri perlu dihadapi dengan kepahitan. Hanya Allah sahaja sandaran kita untuk terus meniti kehidupan ini . Mudah-mudahan akan lahir generasi penerus perjuangan dakwah ini. Allahu Akbar!

No comments: