Fatima ialah puteri Rasulullah saw yang keempat dan amat disayangi oleh baginda. Ia dilahirkan 5 tahun sebelum nabi Muhamad diangkat menjadi Rasul. Fatima dilahirkan ketika berlakunya peristiwa HAJARATULASWAD. Peristiwa ini mengenai perbalahan pemuka-pemuka Quraisy untuk meletakkan hajarulaswad ditempat asalnya. Rasulullah SAW telah dipilih untuk menyelesaikan masaalah itu dan beliau telah digelar sebagi Al-Amin. Rasul SAW menyelesaikan masaalah itu dengan meletakkan batu itu di atas sehelai kain dan menyuruh setiap ketua suku Quraisy untuk memegang penjuru kain itu dan mengangkatnya balik ketempat asalnya.
Fatimah dibesarkan dalam kasih sayang kedua ibubapanya bersama dengan kakak-kakaknya. Ia amat sedih bila kakak-kakaknya telah berkahwin dan meninggalkanya semasa usianya masih muda lagi. Dalam usia yang masih kecil,Fatimah juga dapat merasakan bebanan yang ditanggung oleh ayahnya yang mulia dalam menyampaikan da’wahnya. Setelah kematian ibunya,keluarga Rasulullah telah ditekan kehidupannya oleh kaum kafir Quraisy. Dalam peristiwa Ta’if,setelah Rasulullah kembali dari tempat itu dalam keadaan luka-luka akibat dibaling oleh penduduk Ta’if, Fatimah berasa sangat sedih melihat keadaan Rasulullah lalu ia pun menangis. Rasulullah memujuknya “Jangan menangis anakku…….Allah akan melindungi ayahmu dan akan memenangkannya diatas musuh-musuh risalah Nya ”Dengan kata-kata yang bersemangat itu Rasulullah mendidik Fatimah dengan semangat berjuang dan berani menghadapi sagala cobaan.
Suatu hari sedang Rasulullah sembahyang seorang diri di Kaabah,datanglah Uqbah ibn Abu Muith lalu melemparkan najis ke kepala dan belakang tubuh Rasulullah.Fatimah yang nampak akan kejadian itu lalu segera membersihkan tubuh Rasulullah dari kotoran itu.
Fatimah selepas kematian ibunya,merupakan seorang yang paling besar peranannya dalam membantu perjuangan Rasulullah. Memahami akan besarnya tangungjawab ayahnya sebagai utusan Allah dia cuba untuk menjaga segala keperluan Rasulullah dengan sebaik-baiknya sehingga Rasulullah menggelarnya Ummu Abiha (ibu ayahnya).
Ketika dipinang oleh Ali bin Abi Talib, Fatimah menerima dengan hati yang rela walaupun mengetahui kemiskinan hidup saidina Ali.Kerana Rasulullah pernah menyatakan padanya “Aku lebih senang melepaskanmu pada orang paling berilmu dan paling kuat imannya”. Ali membayar mahar perkahwinannya dengan menjual baju besinya yand didapati samasa Rasulullah memberinya dalam perang Badar.
Ali hidup sebagai pejuang Islam yang gigih tidak mempunyai masa untuk bekerja mengumpul harta. Fatimah hidup dengan Ali serba kekurangan dan ia terpaksa bekerja kuat mengisar gandum dan mengangkat air sendiri. Suatu hari ketika Rasulullah menziarahinya didapati Fatimah sedang menangis,lantas beliau mengadu penderitaannya pada Rasulullah dan meminta agar ayahnya akan menolongnya. Rasulullah menjawab “Kiranya Allah mahu kisaran itu berjalan sendiri lantas berjalanlah ia tetapi sesungguhnya Allah ingin menambahkan pahala buatmu setiap biji,gandum yang engkau kisar akan bertasbih buatmu dan ini akan membantu nanti.”
Pada malamnya Rasulullah melawat Ali dan Fatimah yang ketika itu kedua-duanya sedang cuba tidur dengan selimut yang kedil dimalam yang amat dingin dan Rasulullah berkata mereka , “Mahukah kamu aku beritahukan apa yang lebih baik dari apa yang kamu pinta siang tadi?”.Kedua-duanya mengangguk lantas Rasulullah menjawab, “Bacalah Subhanallah ,Alhamdulillah, Allahuakbar 10 kali selepas sembahyang dan sebelum tidur sebanyak 30 kali lalu keduanya mengamalkannya bagi menguatkan diri untuk mengingati Allah.
Fatimah juga termasuk dalam golongan empat wanita Islam yang mulia dan mendapat syurga bersama Khatijah ibunya,Asiah dan Mariam Al-Masih.Fatimah mempunyai perawakan,tingkah laku,wajah seperti Rasulullah SAW.Ketika Rasulullah hampir wafat ,beliau membisikkan sesuatu pada Fatimah,yang membuatkan Fatimah ketawa.
Bila ditanya mengapa bersikap demikian Fatimah menjawab “Aku tidak akan membocorkan rahsia Ar-Rasul”.Selepas Rasulullah wafat,Fatimah menceritakan kepada Aisyah bahawa bisikan pertama Rasulullah memberitahu akan ajalnya yang hampir membuatkan Fatimah menangis dan bisikan yang kedua memberitahu bahawa Fatimah akan menyusuli ayahnya dan akan menjadi penghulu wanita di syurga lalu ia tertawa.
Beginilah rapatnya Rasulullah dengan anaknya Fatimah yang saling kasih mengasihi antara kedua-duanya.
-Wallahua’lam-