Sunday, March 8, 2009

MENZIARAHI



Pada 1hb. Mac, 2009, kami ahli DMPKHS seramai 5 orang (Ustazah, Bah, Fiza, Ain,dan ummu maryam) telah menziarahi sahabat-sahabat di zon Bukit Beruntung. Sebenarnya tarikh tersebut adalah perancangan mengadakan sessi lawatan ke Zon Bukit Beruntung dengan tujuan dan matlamat disamping mengeratkan ukhuwah fillah juga untuk melihat permasaalahan-permasaalahan yang mungkin dihadapi oleh ahli muslimat di zon tersebut. Oleh kerana pertindihan program di mana kebanyakan cawangan-cawangan di Bukit Beruntung an Bukit Sentosa sedang mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing maka program tersebut di tangguhkan.Walaubagaimanapun kami sempat menziarahi Pn. Zurina Bashir yang telah selamat melahirkan seorang mujahid yang bernama …. Tak ingat pulak. InsyaAllah anak-anak yang dilahirkan oleh serikandi mukminah seperti Zurina adalah bakal menjadi mujahi d penerus perjangan Islam. Sewaktu ana menuls ini dapat pula satu lag sms berita kelahiran seorang mujahidah pkl 10.36 mlm 7/3. Alhamdulillah Adilah pula selamat melahirkan seorang bayi perempuan (mesti comel mcm ibunya……). Mabruk! Mudah-mudahan dengan bertambahnya tnggunjawab ini akan lebih memberi semangat untuk terus memberi commitment kpd PAS khususya dan perjuangan Islam . Biasanya seorang ibu yang bertambah ramai anak akan lebih matang dan kuat. Boleh jadi iron lady insyAllah berkat pertolongan Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mempastikan bahawa kita yang berada di bawah naugan muslimat akan sentiasa berada di dalam golongan orang-orang yang layak untuk sentiasa mendapat pertolongan dari Allah SWT. Sifat IHSAN perlu kita tanamkan dalam diri-diri kita supaya kerja-kerja kita dalam keluarga dan jamaah adalah semata-mata untuk dinilai oleh Allah SWT. Bukan nama dan glamour yang kita cari……. Kalau niat kita betul insyAllah tak keluar lah arahan saya ketua , saya naib ketua dan lain-lain sehingga menggugat adap dan akhlaq dalam perjuangan Islam. Wallahua’lam.Seterusnya rombongan kami sempat menziarahi isteri arwah Zul yan duduk di apartment Teratai. Orangnya kecil molek dan mempunyai 3 orang anak. Kagum dengan ketabahan beliau berhadapan dengan mehnah dan ujian dari Allah SW T. Sahabat-sahabat muslimat yang behampiran jgn lupa selalulah ziarahi beliau . Bantulah dari sudut sokongan moral dan kewangan sekiranya berkemampuan. InsyaAllah kata isteri arwah,, beliau akan bekerja semula untuk menyara kehidupannya dan anak-anak Walaubagaimanapun beliau akan cuba selesaikan perkara-perkara yang masih belum dibereskan sebelum memulakan kehidupan untuk bekerja semula. Kami mendoakan kesejahteraan dan kemudahan untuk kehidupan mereka insyaAllah.Akhirnya kami menuju kerumah Akhie Sazali di Bukit Sentosa untuk melihat isteri beliau yang sekarang bertarung nyawa untukmeneruskan kehidupanya kerana berhadapan dengan penyakit cancer payu dara yang dihidapi oleh beliau. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…… Syabas dan tahniah kepada mereka berdua kerana ketabahan menghadapi rintangan ini dengan penuh kesabaran. Lebih-lebih lagi akhie Sazali yang memegang jawatan ketua unit amal HS. Dalam keadaan situasi yang amat meruncing itu , beliau masih berusaha memberi sumbangan kepada perjuangan Islam dengan menggerakkan unit amal HS. Pengalaman yang diceritakan oleh akhie Sazali bagi kami adalah suatu pengalaman yang jarang bagi kaum adam yang sanggup merasai kesusahan yang dihadapi oleh isteri yang dicintai. Susah juga nak cerita ni tapi ana cadangkan muslimin dan muslimat pergi ziarah beliau dan dengarlah sendiri luahan dan pengalaman beliau sebagai suami yang diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan isteri . Walaubagaimanapun setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya . Kami DMPKHS mengucapkan syabas dan tahniah kepada Akhie Sazali yang mempunyai seorang isteri yang kuat semangat dan yakin dengan ketentuan Allah SWT. Kami akan sentiasa mendoakan untuk anda sekeluarga insyaAllah.

DMPHS....................Dah lama tak update blog ini. Nampaknya muslimat perlu lebih agresif untuk meluangkan masa menulis dalam blog ini. Almaklum sahaja tugas muslimat dengan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, bekerja, menguruskan rumah dan lain-lain lagi. Walaupun penat keletihan yang bekerja itu adalah merupakan suatu amalan sedekah. Bukankah muslimat mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri dibandingkan dengan kaum lelaki. Mudah-mudahan sedekah seharian yang kita lakukan untuk meningkatkan kewangan keluarga dan tugas-tugas yang kita pikul ini diterima oleh Allah SWT sebagai amalan jariah kita. Macamana pun tangungjawab kepada perjuangan tidak kita lupakan kerana iadalah adalah tanggungjawab yang difardhukan kepada kita juga. Kita perlu laksanakan tugas ini untuk melayakkan diri kita menjadi khaira ummah . Mudah-mudahan Allah SWT meletakkan diri kita sebagai orang yang layak untuk mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Wednesday, June 4, 2008

SMART MUSLIM KIDS

Program anjuran JMC Rasa dengan kerjasama PAS cawangan Rasa adalah program khusus untuk anak-anak Rasa dan disekitarnya. Ianya adalah program sehari yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Terdapat pelbagai aktiviti seperti riyadah, ceramah motivasi, mini eksplorace dan tayangan multimedia kesedaran. Tarikh program ini adalah esok, hari khamis 5hb. Jun 2008. Mudah-mudahan program sehari ini memberi pengertian dan kesedaran kepada anak-anak kita . Ia akan menjadi suatu kenangan untuk diabadikan dan menjadi pencetus untuk menggerakan minda mereka. Pengharapan hanya pada Allah SWT yang membuka pintu-pintu hati mereka. Kita ibu bapa hanya berusaha semaksima yang mungkin bagi menyediakan persekitaran yang positif terutama dalam pendidikan generasi penyambung risalah. Rintangan akan tetap ada. Cabaran onak ranjau dan duri perlu dihadapi dengan kepahitan. Hanya Allah sahaja sandaran kita untuk terus meniti kehidupan ini . Mudah-mudahan akan lahir generasi penerus perjuangan dakwah ini. Allahu Akbar!

Monday, May 26, 2008

FATIMA AZ ZAHRA PUTERI RASULULLAH SAW


Fatima ialah puteri Rasulullah saw yang keempat dan amat disayangi oleh baginda. Ia dilahirkan 5 tahun sebelum nabi Muhamad diangkat menjadi Rasul. Fatima dilahirkan ketika berlakunya peristiwa HAJARATULASWAD. Peristiwa ini mengenai perbalahan pemuka-pemuka Quraisy untuk meletakkan hajarulaswad ditempat asalnya. Rasulullah SAW telah dipilih untuk menyelesaikan masaalah itu dan beliau telah digelar sebagi Al-Amin. Rasul SAW menyelesaikan masaalah itu dengan meletakkan batu itu di atas sehelai kain dan menyuruh setiap ketua suku Quraisy untuk memegang penjuru kain itu dan mengangkatnya balik ketempat asalnya.

Fatimah dibesarkan dalam kasih sayang kedua ibubapanya bersama dengan kakak-kakaknya. Ia amat sedih bila kakak-kakaknya telah berkahwin dan meninggalkanya semasa usianya masih muda lagi. Dalam usia yang masih kecil,Fatimah juga dapat merasakan bebanan yang ditanggung oleh ayahnya yang mulia dalam menyampaikan da’wahnya. Setelah kematian ibunya,keluarga Rasulullah telah ditekan kehidupannya oleh kaum kafir Quraisy. Dalam peristiwa Ta’if,setelah Rasulullah kembali dari tempat itu dalam keadaan luka-luka akibat dibaling oleh penduduk Ta’if, Fatimah berasa sangat sedih melihat keadaan Rasulullah lalu ia pun menangis. Rasulullah memujuknya “Jangan menangis anakku…….Allah akan melindungi ayahmu dan akan memenangkannya diatas musuh-musuh risalah Nya ”Dengan kata-kata yang bersemangat itu Rasulullah mendidik Fatimah dengan semangat berjuang dan berani menghadapi sagala cobaan.

Suatu hari sedang Rasulullah sembahyang seorang diri di Kaabah,datanglah Uqbah ibn Abu Muith lalu melemparkan najis ke kepala dan belakang tubuh Rasulullah.Fatimah yang nampak akan kejadian itu lalu segera membersihkan tubuh Rasulullah dari kotoran itu.

Fatimah selepas kematian ibunya,merupakan seorang yang paling besar peranannya dalam membantu perjuangan Rasulullah. Memahami akan besarnya tangungjawab ayahnya sebagai utusan Allah dia cuba untuk menjaga segala keperluan Rasulullah dengan sebaik-baiknya sehingga Rasulullah menggelarnya Ummu Abiha (ibu ayahnya).

Ketika dipinang oleh Ali bin Abi Talib, Fatimah menerima dengan hati yang rela walaupun mengetahui kemiskinan hidup saidina Ali.Kerana Rasulullah pernah menyatakan padanya “Aku lebih senang melepaskanmu pada orang paling berilmu dan paling kuat imannya”. Ali membayar mahar perkahwinannya dengan menjual baju besinya yand didapati samasa Rasulullah memberinya dalam perang Badar.

Ali hidup sebagai pejuang Islam yang gigih tidak mempunyai masa untuk bekerja mengumpul harta. Fatimah hidup dengan Ali serba kekurangan dan ia terpaksa bekerja kuat mengisar gandum dan mengangkat air sendiri. Suatu hari ketika Rasulullah menziarahinya didapati Fatimah sedang menangis,lantas beliau mengadu penderitaannya pada Rasulullah dan meminta agar ayahnya akan menolongnya. Rasulullah menjawab “Kiranya Allah mahu kisaran itu berjalan sendiri lantas berjalanlah ia tetapi sesungguhnya Allah ingin menambahkan pahala buatmu setiap biji,gandum yang engkau kisar akan bertasbih buatmu dan ini akan membantu nanti.”

Pada malamnya Rasulullah melawat Ali dan Fatimah yang ketika itu kedua-duanya sedang cuba tidur dengan selimut yang kedil dimalam yang amat dingin dan Rasulullah berkata mereka , “Mahukah kamu aku beritahukan apa yang lebih baik dari apa yang kamu pinta siang tadi?”.Kedua-duanya mengangguk lantas Rasulullah menjawab, “Bacalah Subhanallah ,Alhamdulillah, Allahuakbar 10 kali selepas sembahyang dan sebelum tidur sebanyak 30 kali lalu keduanya mengamalkannya bagi menguatkan diri untuk mengingati Allah.

Fatimah juga termasuk dalam golongan empat wanita Islam yang mulia dan mendapat syurga bersama Khatijah ibunya,Asiah dan Mariam Al-Masih.Fatimah mempunyai perawakan,tingkah laku,wajah seperti Rasulullah SAW.Ketika Rasulullah hampir wafat ,beliau membisikkan sesuatu pada Fatimah,yang membuatkan Fatimah ketawa.

Bila ditanya mengapa bersikap demikian Fatimah menjawab “Aku tidak akan membocorkan rahsia Ar-Rasul”.Selepas Rasulullah wafat,Fatimah menceritakan kepada Aisyah bahawa bisikan pertama Rasulullah memberitahu akan ajalnya yang hampir membuatkan Fatimah menangis dan bisikan yang kedua memberitahu bahawa Fatimah akan menyusuli ayahnya dan akan menjadi penghulu wanita di syurga lalu ia tertawa.

Beginilah rapatnya Rasulullah dengan anaknya Fatimah yang saling kasih mengasihi antara kedua-duanya.

-Wallahua’lam-

Tuesday, May 13, 2008






Bahagian penting dari DISIPLIN adalah belajar bagaimana berbicara dengan anak-anak. Cara Anda berbicara dengan anak anda menentukan cara dia belajar berbicara dengan orang lain. Ada beberapa tips yang biasa dilakukan untuk masalah ini:


1. Connect before you direct Sebelum memberikan arahan kepada anak anda, jongkoklah setinggi level mata anak anda dan tatap matanya untuk mendapatkan perhatiannya. ajarlah dia bagaimana untuk fokus: 'Maryam, saya perlu perhatianmu' , 'Daawud, saya mahu kamu mendengarkan ini'. Berikan 'bahasa tubuh' yang sama saat mendengarkan mereka. Pastikan pandangan mata anda tidak terlalu intens sehingga anak anda menganggap pandangan mata itu sebagai cara 'berkomunikasi' bukan 'mengontrol' .


2. Address the child .Awali permintaan anda dengan menyebutkan nama anak anda, Iisa, boleh tolong ...


3. Stay brief Gunakan aturan 'satu kalimat': letakkan kata arahan di permulaan kalimat. Semakin lama anda berleter, anak anda semakin berperi laku 'tuli' dengan isi kata-kata anda. Terlalu banyak bicara adalah kesalahan paling umum terjadi saat berdialog tentang suatu masalah. Keadaan seperti ini membuat anak anda merasa bahwa anda sendiri tidak terlalu yakin dengan apa yang ingin anda sampaikan. Dan ia akan beranggapan bahwa semakin ia membuat anda terus bicara, semakin mudah membuat anda menyimpang dari pokok masalah sebenarnya.


4. Stay simple Gunakan kalimat-kalimat pendek dengan kata-kata yang mengandung 1 suku kata. Cobalah dengarkan bagaimana anak-anak berkomunikasi dengan teman sebayanya dan cermatilah caranya. Bila anak anda sudah memperlihatkan pandangan yang menunjukkan bahwa ia sedang tidak berminat, itu artinya kata-kata anda tidak lagi dimengerti olehnya.


5. Ask your child to repeat the request back to you Jika ia tidak dapat mengulanginya, mungkin kata-kata anda terlalu panjang atau terlalu rumit.


6. Make an offer the child can't refuse Anda dapat memberikan alasan kepada seorang anak usia 2 atau 3 tahun, khususnya untuk menghindari 'unjuk kekuatan' antara anda dengannya, misalnya: 'Cepat berpakaian supaya kamu boleh main di luar'. Berikan sebuah alasan untuk permintaan anda yang memang untuk 'keuntungan' sang anak dan juga 'sulit untuk ditolak' dia. Keadaan ini akan membuatnya tidak mencoba 'unjuk kekuatan' dan mau melakukan apa yang kita inginkan.


7. Be positive Daripada mengatakan 'Jangan lari-lari!', cobalah dengan: 'Di dalam rumah kita berjalan, di luar rumah kamu boleh berlari'.


8. Begin your directives with I want. Daripada mengatakan 'Turun!', cobalah dengan: Saya ingin kamu turun'. Daripada, 'Sekarang giliran Sulaimaan', cobalah dengan: 'Saya ingin kamu beri giliran buat Sulaimaan'. Metode seperti ini berhasil baik untuk anak-anak yang ingin bersikap baik tapi tidak suka 'diperintah' . Dengan mengucapkan, 'Saya ingin,' Anda memberinya alasan untuk 'rela melakukannya' dibandingkan hanya sekadar 'sebuah perintah'.


9. When … then. 'Setelah kamu selesai menggosok gigi, saya akan mulai membacakan cerita'. 'Setelah PR mu selesai, kamu boleh nonton TV'. Kata 'setelah' yang menyatakan bahwa anda mengharapkan 'kepatuhan', lebih berhasil diterapkan dibandingkan kata 'kalau'. Pemilihan kata ini mengondisikan anak pada suatu pilihan, saat anda tidak bermaksud memberinya pilihan.


10. Leg first, mouth second. Daripada berteriak 'Matikan TV, sekarang makan malam!', cobalah untuk berjalan mendekati anak, bergabung dengan keasyikannya nonton TV sebentar,dan setelah itu, saat ada jeda iklan TV, mintalah anak anda mematikan TV. Berjalan mendekati anak anda sebelum memintanya melakukan sesuatu memiliki pesan tersirat bahwa anda serius dengan permintaan anda. Jika tidak demikian, anak-anak hanya akan menafsirkannya sebagai pilihan belaka.


11. Give choices 'Kamu mau pakai baju atau gosok gigi dulu?' 'Baju warna merah atau yang biru?'


12. Speak developmentally correctly. Semakin kecil usia seorang anak, pengarahan anda seharusnya semakin pendek dan semakin sederhana. Pertimbangkan tingkat pengertian anak anda. Sebagai contoh, suatu kesalahan umum yang sering dilakukan orang tua saat bertanya pada anaknya yang masih berusia 3 tahun, 'Kenapa kamu lakukan itu?' Bahkan sebagian besar orang dewasa pun hampir tidak dapat menjawab pertanyaan seperti itu. Cobalah dengan, 'Mari kita bicarakan tentang apa yang baru saja kamu lakukan'.


13. Speak socially correctly Bahkan anak usia 2 tahun pun dapat belajar mengatakan 'tolong'. Upayakan anak anda belajar bersikap sopan. Jangan sampai mereka berpikir bahwa 'etika' adalah sebuah 'pilihan'. Berbicaralah kepada anak anda dengan cara yang anda inginkan mereka lakukan juga kepada anda.


14. Speak psychologically correctly. Kalimat pembuka berupa 'ancaman' atau 'menghakimi' cenderung menempatkan anak pada sikap mempertahankan diri. Kata 'kamu' berisi pesan yang membuat seorang anak jadi bungkam. Kata 'saya' berisi pesan yang 'tidak menuduh'. Daripada mengatakan, 'Kamu lebih baik lakukan ini...' atau 'Kamu harus ...', cobalah katakan, 'Saya ingin ...' atau, 'Saya senang sekali kalau kamu ...'. Daripada mengatakan 'Kamu harus membersihkan meja', cobalah katakan, 'Saya ingin kamu untuk membersihkan meja ini'. Sebaliknya, jangan berikan pertanyaan arahan bila tidak ingin mendapatkan jawaban 'tidak'. Contoh: jangan katakan, 'Maukah kamu mengangkat gelas mu?', cukup katakan, 'Tolong angkat gelas mu.'


15. Write it. 'Mengingatkan' dapat berubah dengan mudah menjadi 'mengomel', khususnya bagi anak-anak pra-remaja yang merasa jika mereka diperintahkan sesuatu akan membuat mereka langsung masuk ke dalam golongan 'budak'. Tanpa mengucapkan 1 kata, anda dapat berkomunikasi apa saja yang ingin anda sampaikan. Bicaralah dengan pensil dan notes. Tinggalkan catatan/pesan jenaka untuk anak anda. Lalu duduklah dan lihatlah apa yang akan terjadi.


16. Talk the child down. Semakin nyaring anak anda berteriak, semakin lembut Anda meresponinya. Biarkan anak anda meluapkan kemarahannya sementara anda sewaktu-waktu menyela dengan komentar: 'Ok, saya mengerti' atau, ' Boleh saya bantu?' Kadang-kadang hanya dengan memiliki seorang pendengar yang peduli akan meredakan sifat tantrum seorang anak. Jika anda menghadapinya dengan tingkat kemarahan yang sama dengan anak anda, Anda harus berhadapan dengan 2 macam tantrum. Jadilah sebagai orang dewasa untuk anak Anda. 17. Settle the listener. Sebelum memberikan perintah, pulihkan lebih dahulu keseimbangan emosi anda. Jika tidak, anda hanya akan membuang waktu saja. Tidak ada satupun yang 'mengendap' dalam pikiran seorang anak bila dia sedang berada dalam kondisi emosi yang tidak baik.


18. Replay your message. . Anak-anak di bawah usia 2 tahun masih sulit memahami arahan-arahan anda. Sebagian besar anak usia 3 tahunan mulai belajar memahami arahan sehingga apa yang anda bicarakan mulai 'mengendap' dalam pikiran mereka. Cobalah untuk mulai mengurangi 'arahan yang diulang-ulang' saat anak anda mulai beranjak lebih besar. Anak-anak pra-remaja bahkan menilai 'pengulangan' ini sebagai bentuk 'omelan'.


19. Let your child complete the thought Daripada mengatakan, 'Jangan sampai barang-barang kotor dan berantakan ini bertumpuk!,' cobalah katakan, 'Maryam, coba pikirkan di mana kamu mau menyimpan peralatan masak-masak mu ini.'. Membiarkan anak memikirkan hal seperti ini cenderung memberikannya sebuah pelajaran yang bertahan lama.


20. Use rhyme rules. Misal: 'If you hit, you must sit.'. Mintalah anak anda mengulangi rhyme yang semacam ini. 21. Give likable alternatives. 'Kamu tidak boleh pergi sendirian ke taman itu, tapi kamu boleh bermain di lapangan sebelah'


22. Give advance notice. 'Kita akan segera pergi. Bilang 'bye-bye' ke mainanmu, 'bye-bye' ke teman-temanmu. ' 23. Open up a closed child. Hati-hati dalam memilih kalimat yang bertujuan untuk 'membuka' pikiran dan mulut si kecil yang sedang 'tertutup' ini. Tetaplah pada topik-topik yang anda tahu bisa membuat anak anda berfikir. Ajukan pertanyaan-pertanya an yang membolehkan jawaban lebih daripada hanya 'ya' atau 'tidak'. Tetaplah pada hal-hal yang spesifik. Daripada mengatakan, 'Apakah kamu senang di sekolah hari ini?', cobalah katakan 'Apa yang paling menyenangkan yang kamu kerjakan hari ini?'


24. Use When you… I feel… because.. Contoh, 'Kalau kamu lari-lari dan jauh dari mama di dalam toko ini, mama akan sangat khawatir karena mungkin saja kamu akan tersesat'


25. Close the discussion. Jika memang ada hal yang tidak dapat lagi didiskusikan, katakanlah kepada anak anda. 'Saya tidak akan berubah pikiran tentang masalah ini. Maaf.' Anda akan menghemat 'kelelahan' dan 'air mata' anda juga anak anda. Simpan saja nada 'serius' anda jika diperlukan nanti.


(Petikan dari blog Rentis - Pn. Rosnah)

Sunday, May 11, 2008

IJTIMAK PAS NEGERI SELANGOR KALI KE 18

Tarikh : 19 Mei 2008 (Isnin)
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor Lot 4, Jalan 7/52, Seksyen 7. Shah Alam
Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang
Peserta: Ahli BPPNS
Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan PAS Negeri
70 orang perwakilan setiap Kawasan (tidak termasuk Ahli
BPPNS dan AJK Dewan-Dewan Negeri)
Bayaran: RM lO.OOseorang

Pada malamnya, ceramah perdana akan diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran Klang. Semua yang terlibat dikehendaki hadir di samping menghebahkan perkara ini di kawasan masing-masing supaya orang ramai dapat bersama-sama pada malam tersebut.


IJTIMAK PAS NEGERI SELANGOR KALI KE 18
Tentatif Program
8.00 pagi Pendaftaran / Minum Pagi
9.00 pagi Ucapan Aluan Pengerusi
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
Ucaptama Presiden PAS
10.30 pagi Kertas Kerja I
"Strategi & Gerak Kerja Utama Mengisi & Melanjutkan Kemenangan" YB Dato' Husarn Musa
Ulasan - YB Dr Syed Azman Syed Ahmad
11.15 pagi Perbincangan Panel.:
"Ke Arah Memperkasa Pakatan Rakyat : Peranan Kepimpinan & Tanggungjawab Pengikut"
1. Dr Mujahid Yusof
2. Dr Mohd Azhar Yaakob
3. Moderator - Sdra Mohd Radzi Yusot
12.00-tghari Soal jawab 12.45-ighari Resolusi
Ucapan Penutup
Ybhg Ustaz Hj Ahmad Awang
2.00 petang Bersurai Ceramah Perdana
Tempat Kompleks Sukan Pandamaran, Klang
Masa 9.00 malam - 12.00 malam
Penceramah I. YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
3. YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali